May 09, 2023 - FASSaingan Piala Presiden dan Piala Belia 2023 kembali meneruskan pertandingan selepas berehat seketika pada bulan Ramadan.
Setakat ini, skuad bawah 20 tahun Selangor mengungguli kedudukan tempat pertama Piala Presiden Zon B begitu juga dengan skuad bawah 18 tahun Gergasi Merah bagi Zon C Piala Belia. Kedua-dua pasukan telah mengumpul enam mata setakat ini sebelum pertandingan berehat buat seketika.
Berikut merupakan jadual Piala Presiden dan Piala Belia skuad Selangor untuk bulan Mei 2023:-
PIALA PRESIDEN
03/05/2023 - SELANGOR B20 (0-1) KL CITY FC
10/05/2023 - SELANGOR B20 vs SABAH FC (Stadium UM Arena / 4.45pm)
17/05/2023 - SELANGOR B20 vs NEGERI SEMBILAN FC (Stadium UM Arena / 4.45pm)
24/05/2023 - KL CITY FC vs SELANGOR B20 (Stadium UM Arena / 4.45pm)
PIALA BELIA
07/05/2023 - SELANGOR B18 (0-0) KL CITY FC
11/05/2023 - SELANGOR B18 vs SABAH FC (Stadium MMU Cyberjaya / 4.45pm)
20/05/2023 - SELANGOR B18 vs JOHOR DT FC IV (TBC / 4.45pm)
28/05/2023 - KL CITY FC vs SELANGOR B18 (Stadium MMU Cyberjaya / 4.45pm)
Seperti yang dimaklumkan, musim ini, Persatuan Bolasepak Malaysia telah membuat sedikit perubahan, setiap Juara dan Naib Juara Zon A, Zon B, Zon C dan Zon D akan mara ke peringkat seterusnya dalam Kumpulan Liga 1 dan lima pasukan teratas akan ke peringkat Suku Akhir. Manakala, pasukan yang lain akan beraksi dalam Kumpulan Liga 2 untuk mendapatkan kedudukan tiga teratas untuk berpeluang beraksi di Suku Akhir.
Pihak pengurusan Selangor FC berharap pasukan akan berusaha keras untuk mendapatkan mata penuh dalam perlawanan-perlawanan seterusnya untuk mara ke peringkat Kumpulan Liga 1. Ayuh, Gergasi Merah!
Demi Kebanggaan.